


Maklumat Tambahan Peserta
Infaq Srikandi Khadijah Summit
Bagi yang ingin berinfaq seikhlas hati untuk menaja peserta lain atau menyokong perjalanan program, boleh salurkan melalui pautan rasmi berikut:
Pendaftaran Nursery
Ibu yang ingin membawa anak kecil boleh menempah tempat di nursery khas kami (bilangan sangat terhad).
Siapa cepat, dia dapat — InsyaAllah.
Soalan Lazim (FAQ)
Pembelian Tiket & Bayaran
Boleh beli tiket secara berkumpulan atau borong?
Ya, pembelian 10 tiket ke atas boleh hubungi kami untuk urusan khas & kadar istimewa.
WhatsApp: 011-37502494
Boleh refund kalau tak dapat hadir?
Tiada refund selepas pembelian. Namun, anda boleh gantikan tempat kepada orang lain atau jual semula tiket kepada peserta lain sebelum tarikh program.
Kehadiran Fizikal
Di mana lokasi Khadijah Summit 2025?
Lokasi di Universiti Islam Selangor. InsyaAllah tempat mudah akses dengan kemudahan surau, tandas dan ruang makan.
Adakah makanan disediakan?
Ya, makanan disediakan untuk peserta mode fizikal.
Adakah tempat duduk ditetapkan?
Tempat duduk adalah bebas (free seating) mengikut kategori tiket & waktu kehadiran. Datang awal untuk tempat terbaik
Boleh bawa anak kecil?
Boleh—daftar di Nursery khas. Tempat amat terhad, siapa cepat dia dapat.
Daftar Nursery
Kehadiran Online
Bagaimana akses untuk peserta online?
Link siaran Zoom akan dihantar ke emel atau WhatsApp berdaftar beberapa hari sebelum program bermula.
Adakah rakaman disediakan?
Ya, semua peserta akan menerima rakaman penuh sesi utama selepas program (tempoh akses terhad).
Perlu buka kamera?
Tidak wajib, tetapi digalakkan untuk slot interaktif. Sila guna nama pendaftaran sebenar dan pastikan internet stabil.
Lain-lain
Bagaimana nak jadi sukarelawan?
Kami alu-alukan aktivis & sukarelawan baru. Isi borang minat selepas program atau WhatsApp tim kami: 011-37502494.
Bagaimana cara untuk berinfaq?
Infaq seikhlas hati untuk menaja peserta & menyokong penganjuran melalui pautan rasmi:
Infaq Khadijah Summit